Fairmummy.blogspot.com

Saturday, 4 August 2012

Kenangan Semalam

*******
Hasil Nukilan: MR@Copyright 1997
Penat menaip: @Fairmummy
********


Tina yang tadinya berbaring di atas katil, mendekatiku. Dari senymannya sudah dapat ku agak ada suatu niat nakal yang terdetik di benak hatinya.
" Eh! Mira...Mira...kau kenal Iskandar kan?" aku menjeling rakan ku yang berambut ala Demi Moore itu, sengihnya tambah lebar.
" Aku dengar dia tu pandai tau, nota dia pasti lengkap...kalau kau rasa susah sangat nak dapatkan nota, ha! apa kata kau cuba-cubalah pinjam nota dia!" pandai saja si Tina mempergunakan aku. Kononnya aku mempunyai tahap daya pujuk yang tinggi dan pastinya aku berjaya memujuk si dia yang bakal menjadi mangsaku itu.
" Eh! Apa maksud kau cakap macam tu?" tegasku memerlinya.
" Eh! maksud apa pulak! Aku cuma nak tolong kau, nanti aku jugak yang senang, manalah tau, satu hari korang berdua akan jadi member kamceng!" kata Tina sambil tersengih.
" Ada ke nak menyenangkan aku dengan cara nie, mesti dia ingat aku ni malas..." aku membalas.
" Kalau aku lah, mesti tak lepas peluang punya, bodohlah kau ni..."
Macam-macamlah budak ni...tapi apa salahnya kalau dia sudi beri aku pinjam, lagi bagus. Ha! Ha! Jual mahal konon! Piirah kau Mira!
Sebulan lagi minggu peperiksaan. Risau juga hati dibuatnya. Antara subjek yang aku pelajari semester ini, subjek psikologilah yang paling memeningkan kepalaku, bukannya tak boleh buat tapi... kesukaran aku nak menerimanya. Berbanding dengan aku, Iskandar memang terkenal pakar dalam bidang itu dan seringkali mendapat pujian daripada pensyarah, setiap kali kuiz atau ujian. Malu kalau nak dibandingkan dengan markah aku, hanya nyawa-nyawa ikan aje. Ish, malunya. Kalau tak bertungkus-lumus dari sekarang...hancuslah aku!
" Mira, tu...tu... Iskandar tu! Kau kata nak pinjam notanya...pergilah!" Tina mendorongku.


<=Back     Next=>

No comments:

Post a Comment