Beberapa warga desa turut berdiri seperti dirinya. Bahkan ada juga yang menikmati keindahan alam sambil memancing. Walaupun belum puas, Haqimi terpaksa beranjak pergi. Langkahnya yang setengah berlari terhenti secara spontan di depan pagar kayu rumah bercat gading itu. Termanggu menatap pemandangan di depannya. Amira sedang bercengkarama dengan seorang pemuda. Begitu akrab. Api cemburunya mendadak menjilat dadanya. Tanpa ragu, diputar tubuhnya meninggalkan tempat itu. Balik!
" Haqimi!" teriakan itu menahan langkahnya.
Haqimi menoleh dan terus menatap wajah Diana yang sedang berlari menghampirinya.
" Dah nak pergi? kau nak jumpa aku kan?"
Haqimi menahan rasa gugup.
" Aku tak ganggu kau ke?"
" Maksud kau?" kerling Amira ke arah pemuda yang di lirik oleh Haqimi.
" Eh...marilah masuk!" Ditariknya tangan Haqimi.
" Ini Zek, teman karibku." Jelas Amira sebaik sahaja Haqimi berada di depan pemuda itu.
" Zek, kenalkan. Ni...abang Haqimi"
Haqimi ketawa dalam hati. Baru kali ini Amira memanggilnya 'abang'.
" Mira...aku kejap aje ni."
Sinar kecewa memancar dari mata Amira.
" Kenapa terburu-buru?"
" Aku datang ni sekadar nak beritahu kau...esok aku nak jalan-jalan ke Bukit Haur Geulis. Nak tengok keindahan kat sana tu dan kalau kau tak keberatan, aku nak ajak kau. Itupun kalau kau sudi...macam mana?"
Amira hanya mengangguk
Yess!! Yess!! Dia sudi...
<=Previous Next=>
No comments:
Post a Comment