Shafika Huda menyelak kolar baju itu, ternyata nama Faisal berserta tandatangannya yang berdakwat biru masih jelas kelihatan.
Tiba-tiba dadanya terasa sebak. Imbasan wajah Faisal menguraikan segala kenangan. Kenangan di akhir persekolahan mereka.
" Akhirnya kita sama-sama berjaya dalam pelajaran. Alhamdulilllah. Amacam kalau Faisal belanja Fika makan hari ini?"
" Belanja Fika? Faisal ada duit ke?" Shafika Huda tahu kehidupan Faisal sangat sederhana. Jadi sebab itulah dia berasa ragu-ragu untuk memasuki gerai mee bandung itu.
" Emmm...macam mana kalau kita raikan kejayaan ini di sebuah restoran. Tentu lebih tenang..." ajak Shafika Huda ikhlas.
Sejenak Faisal membisu dengan wajah yang bingung.
" Kalau macam tu...Faisal ikut saja.. Emmm...Fik.."
" Biar Fika belanja!"
" Fika..."
" Kenapa? kalau Faisal keberatan...Fika bayar separuh- separuh. Okey?"
" Sebenarnya, sekarang nipun Faisal mampu membayar harga makanan di restoran walau semahal manapun. Asalkan bukan restoran di kelas atasan!"
Shafika Huda terkejut
" Biar betul ni!"
Faisal mengangguk.
" Emak kasi duit...Maklumlah sejak kebelakangan ini pesanan katering emak semakin bertambah. Faisal selalu tolong emak bila dia mendapat pesanan. Faisal teringin nak besarkan perniagaan emak itu, tapi sayang tak cukup modal," jelas Faisal terus terang.
" Bagus juga cadangan Faisal tu. Siapa tahu, perniagaan katering emak akan bertambah maju Tapi Faisal tak nak sambung belajar ke?"
Faisal terpana. " Niat tu memanglah ada. Tetapi sekarang ni Faisal nak tolong emak dahulu. Fika pulak macam mana? Dah pilih kolej yang sesuai?"
" Entahlah...buat masa ni, Fika belum buat pilihan lagi. Nanti-nanti sajalah dulu..."
Itulah ucapan yang masih terngiang-ngiang di benak rasa Shafika Huda di saat akhir pertemuan mereka.
Selepas itu, dia tidak lagi mendengar khabar berita daripada jejaka itu. Faisal juga tidak pernah menelefonnya. Mungkin dia begitu sibuk menguruskan perniagaan emaknya. Sedangkan Shafika Huda sendiri tenggelam dalam hari-harinya sendiri.
No comments:
Post a Comment