Fairmummy.blogspot.com

Wednesday, 1 August 2012

Wajah-wajah Luka


*******
Hasil Nukilan: Feoza ME. Hutabarat
Ayat disusun oleh:Annie Muhamed
Penat menaip: @Fairmummy
********

Shafika Huda termenung sayu di jendela apartmennya. Sudah sejam lebih dia duduk diam di situ. Mengelamun. Membiarkan fikirannya jauh mengembara. Kalau berangan-angan tentang cinta, tentu best! Macam real aje…tetapi kalau sebagai penganggur yang mendera fikiran…Ah! Bagaikan terseksa di balik gigi penjara.
Sejak tamat persekolahan, Shafika Huda selalu menganggap dirinya sebagai seorang penganggur. Biarpun dia mengganggur bukan kerana telah dibuang sekolah namun dia tetap menganggap dirinya sebagai penganggur.
Sekarang, dia tidak perlu lagi memikirkan soal buku-buku pelajaran dan peperiksaan. Sebaliknya hanya fikir soal hendak mandi, makan dan tidur. Rutin harian hidupnya sentiasa dipenuhi dengan ruang kebebasan. Dia bebas ke mana sahaja yang dia suka. Pandu ajelah kereta , Mazda Astina kesayangannya. Nak hubungi teman-teman, picit sahaja butang handphone. Soal belanja, pakai dan makan tak perlu tension-tension. Pakai aje kad kredit. Boleh dikatakan apa saja yang diinginkan semuanya boleh dapat.
Ingatan Shafika Huda meluru ke arah kakaknya, Fatin Hanani yang tidak sempat menamatkan alam persekolahan kerana terburu-buru berkahwin. Syukur juga kerana Papa sanggup menanggung segala perbelanjaan perkahwinan Kak Nani. Papa telah menjual tanahnya yang seluas dua ribu meter persegi itu.
Sebelum menjual tanah itu, Papa telah meletakkan syarat, tanah boleh dijual asalkan dia mendapat satu lantai apartmen untuk mereka sekeluarga diami.
Padahal, bagi Shafika Huda, dia lebih senang jika mereka sekeluarga dapat tinggal di sebuah rumah teres di lereng bukit yang redup menghijau.
“ Buat apa nak tinggal di sini lagi, Pa? bukan ada apa lagi yang menarik di sini. Kalau dahulu, mungkin. Tapi sekarang semuanya dah berubah… Kita semakin terasing di tanah sendiri. Kita bakal hidup seperti orang dalam penjara. Di mana orang-orang di sekelilingnya, begitu sibuk dengan urusan sendiri. Hinggakan nak bertegur sapapun tak sempat. Emm… Apatah lagi untuk menghormati Papa…,” bantah Shafika Huda suatu hari.
“ Walau apapun yang terjadi, Papa tetap akan tinggal di sini. Biar mereka tahu, Papa adalah orang pertama yang mendiami daerah ini.  Biar mereka tahu sejarahnya, bahawa sebelum apartmen ini didirikan , tanah ini adalah milik Papa!” Begitulah jawapan Papa.


2 comments: