Sebaik sahaja melihatku
melintasi bangunan pejabat Kamarul, tanpa melepaskan peluang, Liza terus datan
menghampiriku.
“ Ada apa ni?” tanyaku kesal.
“ Tenang Dira… tenang. Tak baik
marah-marah macam ni. Bagilah aku peluang untuk menjelaskan perkara yang
sebenar. Aku rasa perkara ini tidak boleh dibiarkan lama. Aku nak selesaikan
masalah salah faham antara kita hari ini juga. Kau janganlah bimbang, antara
aku dan Kamarul, tak lebih dari seorang kawan. Gila kau.. tuning aku si Hadzlan
tu aku nak campak kat mana?,” terang Liza geram.
“ La macam tu pulak? Kasihan si
Kamarul…”ujarku sinis.
“ Dira…janganlah terlalu
pentingkan diri sendiri. Kamarul tu baik orangnya. Dia sayangkan kau…Apa lagi
yang kau nak dari dia?..rupa? Harta? Kasih saying? Semuanya sudah dicurahkan
pada kau…hargailah sikit!!” sambung Liza lagi. Kali ini bukan main hebat lagi
bagi nasihat. Ya lah…ya lah…aku yang salah.
“
Terima kasih Liza.” Kataku sebelum berlalu pergi. Sempat juga aku menatap anak
mata Liza yang bulat dan tajam itu. Tetapi di sebalik tenungan tajamnya itu
terpancar juga cahaya harapan agar aku dan Kamarul dapat berbaik semula.
Aku berjalan ke rumah Kamarul
dengan satu niat murni, ingin berbaik semula! Malu tu memanglah malu tapi saying
punya pasal tahan ajelah. Akupun mengendap-ngendaplah di taman bunga rumahnya.
Konon-konon nak buat kejutan, dengan menekup mata Kamarul yang sedang sibuk
menyiram pohon-pohon bunga kesayangannya. Ah…Aku dah masak benar dengan
perangainya, pagi-pagi macam ni mesti ada di taman bunga.
“ Yess! Cuba teka, siapa ni?”
tanyak riang. Dia meronta keras.
“ Uff..Apa ni!? Lepas!” katanya
kasar. Mahu tak mahu terpaksa juga aku melepaskannya. Dan dia memusingkan tubuh
ke arahku.
“ Ha…silap orang! Bukan…”
kataku menahan malu yang amat sangat. Dapat ku rasakan wajahku bertukar menjadi
panas dan merah.
No comments:
Post a Comment