Fairmummy.blogspot.com

Sunday, 5 August 2012

Kenangan Semalam 4


Tidur begitu sukar sekali malam ini, manakan tidak kepala asyik berputar-putar mencari siapakah yang memberanikan diri menulis surat untuk berkenalan dengan aku. Walaubagaimanapun, kupaksakan mata untuk lena, akhirnya lelap juga sampai ke pagi.
Sepanjang waktu kuliah, fikiranku tak tenang. Aku masih dalam tanda Tanya tentang surat semalam, agaknya siapalah gerangan manusia yang mengirimkan nota buatku, entah apa yang diterangkan oleh pensyarah, aku pun tak tahu. Kuliah terus berjalan dan lega hatiku bila kuliah berakhir. Tanpa menunggu Tina, aku berjalan deras ke kampus. Sedang aku dengan enak melangkah, tiba-tiba aku terdengar jelas derap tapak kasut sedang mengejarku, dan aku pasti yang langkah tersebut adalah kepunyaan Tina.
Selepas makan, seperti biasa destinasiku ke bilik bacaan. Sempat juga aku singah di peti surat. Satu demi satu surat aku sisihkan. Namun aku terpaku pada sepucuk surat yang tercatat namaku. Ingin rasanya aku cepat-cepat membaca isi kandungan surat itu, tapi aku sabarkan hati. 
Langkahku deras menuju ke bilik, hai! Pintu tak berkunci, kubukakan pintu, rupanya Tina dahpun tiba, berbaring-baring di atas katil tanpa sempat bertukar baju. Masih dengan baju yang dipakainya sewaktu kuliah.
“ Dapat surat nampak?” Sapaan Tina tak ku hiraukan. Dengan tangan yang gementar, sampul merah hati itu ku koyakkan. Di dalamnya kad bercorak sederhana dan seperti biasa tercatat dengan kata-kata yang yang agak romantic, kali ini tertulis kata pujian. ‘I love your smile. Ku belek setiap inci kad itu, ku cuba mencari satu-satunya yang kuharapkan daripada kad-kad yang sering mengunjungi aku itu, masih tiada nama pengirim. Aneh! Siapalah yang ingin bergurau denganku. Ramai jejaka atau teman-teman sekuliah yang cuba aku teka, tapi rasa-rasanya tak ada sorang pun yang boleh aku suspect. Tanpa aku sedar, Tina rupanya sedari tadi memerhatikan gelagatku. Atau mungkin ini semua kerja si Tina dan Razlin. Arghhh! Tension aku!
“ Kenapa Mira? Peminat misteri itu lagikah?” soalnya mengambil berat. Aku mengangguk lemah. Isyhh!! Payah! Kenapalah waktu-waktu menjelang peperiksaan dugaan datang menerpa. Memanglah ia perkara kecil jika aku tak layan, tapi masalah juga kalau surat itu datangnya daripada orang yang tak berapa betul kepalanya. Tak ke kes naya, kalau selama ini dia asyik mengikut gerak-geri aku…Eeii…ngeri aku fikirkan.

<=Back     Next=>

No comments:

Post a Comment