“ Kenapa diam?” tanyanya.
“ Aikk…diam sekejap pun tak
boleh?”
“ Dah la tu. Jangan bergurau
lagi. Abang dah tak tahan lagi ni…”
“ Tak tahan apa?”
“ nak kentut!”
“ Abang…Uweek… kentut busuk!”
Luahku sambil mencubit lengannya sebaik sahaja tercium satu bau busuk. Kamarul
merintih kesakitan.
“ Sakit?” tanyaku apabila
mendengar keluhannya.
“ Tak . Sedap!”
“ Heiii…nak kena lagi ni,”
lantas kucubit sekali lagi lengannya. Tapi kali ini dengan lebih kuat.
Tanpa sepatah kata, dia terus
berlalu dan meninggalkan aku termanggu sendirian.
“ Abang! Abang!...marah kat
Dira ya?” ujarku sebaik sahaja berada di sisinya.
“ Tak adalah,” jawabnya
ringkas.
“ Dah tu kenapa tinggalkan Dira
macam tu?” tanyaku resah.
“ Abang kata tak ada, tak
adalah sayang. Okey puas hati?”
Aku mengangguk lemah. 20 minit
selepas itu aku bersuara kembali.
“ Kenapa Abang ni, diam aje?
Masih marahkan Dira ke? Okeylah…kalau Dira buat salah atau dah lukakan hati
Abang, Dira mintak banyak-banyak maaf. Dira tak sengaja,” kataku sambil
menggerakkan lengannya. Namun dia tetap mendiamkan dirinya. Hatiku menjadi
semakin resah dan gelisah.
“ Dira, macam mana kalau suatu
hari nanti Abang mati?” tiba-tiba sahaja dia membuka mulut dengan suatu
pertanyaan yang agak aneh.
No comments:
Post a Comment