“ Aku
rasa, dia Nampak lebih menarik hari ini. Mungkin dia tau, kau nak datang kot”
seloroh Yatie.
“ Apa…kau
fikir dia akan call aku?”
“ Wallahualam.
Kita beri tempoh satu minggu. Kalau dia tak call kau. Bersedialah menghadapi
kenyataan. Kecewalah jawabnya.” Yatie semakin galak menggiatku. Dia tak
mengerti, aku mengelabah sebenarnya.
Menurut
horoskop yang aku baca dua minggu lepas, hari bertuah untuk yang berbintang Libra ialah 12 Mei.
“ Karut
ajelah” bantah Yatie apabila aku beritahu dia.
Mungkinkah
ini suratan atau kebetulan? Kira-kira jam 10 pagi, tanggal 12 Mei 1995, aku
dapatberita yang menggembirakan. Aku diterima melanjutkan pelajaran ke ITM Shah
Alam.
“ Tidak
cukup dengan diploma saja ayah. Ita mesti dapat genggam ijazah pulak nanti” Aku
khabarkan cita-cita besarku pada ayah suatu waktu dulu.
“
Baguslah, anak ayah bercita-cita tinggi. InsyaAllah, di mana ada kemahuan, di
situlah ada jalan” ayah meniupkan semangat.
“ Tahniah
Ninie. Nampaknya, aku tinggal berseorangan lagi”
“ Jom
ikut aku. Engkau buatlah Master pulak” Yatie hanya tersengih.
Siapa
menduga,12 jam selepas itu..
Kringgg!
Kringgg! Masuk kali ketiga, telefon di rumahku menjerit dalam selang masa 5 minit.
“ Hello”
angkatku malas.
“ Boleh
bercakap dengan Ezrinie?”
“ Ya,
bercakap”
Ibrahim???
Mulutku terbuka luas. Dr.Ibrahim menelefonku. Ya Allah, apa aku nak cakap ni?
Tolong aku jerit hatiku. Mulanya memang aku panik . Lama- kelamaan, darah gemuruhku mula reda.Lama juga kami berbual di
telefon.Setengah jam, tapi rasa macam 5 minit sahaja. Seronok berbual dengan
dia tapi…
Malam itu
aku tak lena tidur. Masih bermain di
telinga setiap patah perkataan yang dia lafazkan. Berdesing rasa Halwa
telingaku. Tersirap darah mendengarnya . Ada perasaan geram timbul. Cemburukah
aku? Kecewakah aku menerima khabar itu? Yatie, masih mahukah engkau menerima
rintihanku?
“ Aku
kecewa Yatie. Aku tak tau kenapa perassan ini boleh terbit”
Tiada
jawaban di corong telefon sebelah sana.
“ Yatie,
adakah aku jatuh hati padanya?”
No comments:
Post a Comment