***
Hasil Nukilan:
MR@copyright
Penat Menaip:
***
“ Yang! Yang! Janganlah laju
sangat. Adoiii!... tak laratlah nak kejar,” keluh Kamarul sambil menuruti
langkahku yang pantas.
“ Ya lah…ya lah…” kataku sambil
memperlahankan langkahku.
“ Yang, tengok tu!” seru Kamarul
padaku.
Aku menoleh. “ Apa di?”
“ Tu ha…Bahagia sungguh mereka
tu. Nanti Abang pun nak jadi macam mereka tu juga,” ujarnya riang. Tatapannya
masih mengarah pada sepasang suami isteri yang sedang bergurau senda bersama
anak kecil mereka.
“ Habis…Abang ingat kita tak
boleh jadi pasangan bahagia seperti mereka itu?,” tanyaku perlahan.
“ Apalah Dira ni, ke situ
pulak!” Ujarnya sambil mencubit manja hidungku.
“ Abang…” kataku sambil cuba
menepis jemarinya.
“ Yang…Abang Tanya sikit,
boleh?”
“ Apa dia? Tanyalah…banyak pun
boleh.”
“ Betul ke Dira ni
sungguh-sungguh dengan Abang?”
“ Hishh…betul lah. Tak percaya
pulak!”
“ Siapa kata Abang tak percaya?
Abang sekadar bertanya sahaja, sungguh Dira sayangkan Abang?”
“ Iya…sungguh! Dira sayangkan
Abang. Tapi…”
“ Tapi apa?” Tanya Kamarul panik.
“ Tapi…janganlah Abang tarik
hidung Dira macam ni…sakit la!” kataku pantas menarik hidungnya pula.
No comments:
Post a Comment