Mitos 1 : Lagi tinggi kandungan SPF, lagi baik perlindungannya.
Kenyataan: Terdapat tiga jenis sinar UV iaitu UVA, UVB dan UVC. Memandangkan sinaran UVC diserap oleh atmosfera dan tidak sampai ke bumi, maka yang perlu dibimbangkan adalah sinaran UVA dan UVB. Kandungan SPF pada krim perlindungan lazimnya merujuk kepada jumlah perlindungan yang dihasilkan untuk perlindungan UVB sahaja. Sedangkan krim perlindungan kulit ( dengan kandungan sekurang-kurangnya SPF15) perlu mempunyai fungsi melindungi kulit daripada sinaran UVA dan juga UVB.
Mitos 2: Krim Peerlindungan kulit tidak diperlukan semasa cuaca mendung.
Kenyataan: Walaupun cuaca mendung, radiasi UV daripada cahaya matahari masih mampu sampai kepada permukaan bumi. Jadi, pastikan krim perlindungan kulit ini digunakan setiap hari dan di sapu selang beberapa jam.
Mitos3: Melakukan Scurb pada wajah dengan sabun boleh menyihatkan kulit dan bebas daripada jerawat.
Kenyataan : Apabila anda melakukan Skrub pada wajah, anda secara tidak langsung membuang minyak yang diperlukan kulit seterusnya menyebabkan kewujudan ruam dan masalah lain. Jadi, gunakanlah pencuci muka yang ringan kandungannya, diikuti dengan pemakaian pelembab wajah dan krim perlindungan matahari.
Mitos 4: Produk Penjagaan Kulit Yang Mahal Adalah Terbaik.
Kenyataan: Mitos ini tidak benar kerana penggunaan produk penjagaan kulit adalah mengikut kesesuaian dan keselesaan kulit masing-masing. Malah ada di antara produk yang lebih murah lebih berkesan pada kulit anda.
Mitos 5: Produk Anti Penuaan Boleh Menghilangkan kedutan.
Kenyataan: Kebanyakan Krim Anti Penuaan menyebabkan kulit terhidrasi, menegangkannya dan membuatkannya kelihatan lebih anjal untuk sementara waktu sahaja. Gunakanlah krim antioksidan yang mengandungi vitamin C dan rujuklah pada Pakar kulit.
No comments:
Post a Comment