“ Maafkan Dira. Dira ingat tadi
Kamarul,” ujarku perlahan.
“ Oh…Dira. Tu ha Kamarul,”
katanya sambil menundingkan jarinya ke arah ruang tamu. Di kejauhan yang hampir
itu, aku dapat melihat gelagat Kamarul yang sedang ligat mentertawakan diriku.
“ Ha…tak tengok betul-betul
lagi. Kan dah salah orang?” sahutnya sebaik sahaja aku memasuki ruang tamu
rumah itu.
“ Hemmm…Abang…” ujarku manja
sambil melemparkan bantal kusyen kea rah Kamarul. Aduh… Malunya aku hanya Tuhan
sahaja yang tahu. Rupa-rupanya orang yang kutekup matanya itu tadi adalah ayah
kepada Kamarul.
“ Kenapa dah lama Dira tak
datag ke sini?” Tanya ayah Kamarul.
“ Orang sibuk Yah…manalah ingat
kita!” Kamarul mendahului bicara.
“ Dia yang sibuk Pak Cik,
sampai tak ada masa nak jenguk Dira,” balasku.
“ Heii…kau orang berdua ni.
Ada- ada ajelah…” katanya sebelum melangkah meninggalkan ruang tamu. Aku dan
Kamarul tertawa. Kami berbalas pandang. Senyum dan terus menahan ketawa.
“ Abang…Dia minta maaf. Dira
tahu Dira dah banyak melukakan hati
Abang. Walaubagaimanapun ketahuilah, Dira tetap saying pada Abang. Dira tak mampu lagi untuk menipu hati Dira sendiri.," ujarku perlahan sambil menghulurkan tangan memohon maaf.
Tanganku disambut mesra. Dikucupnya dengan penuh kasih sayang.
" Abang pun begitu juga. Abang sayangkan Dira! Abang rindukan kemesraan lalu. Abang rindukan Dira. Kita berbaik semula ya?" katanya penuh manja.
Aku tidak mampu untuk bersuara, hanya anggukan lemah sahaja yang berdaya aku lakukan. Aku yakin, Kamarul dapat menyelami apa yang telah tersirat di hatiku. Kerana dialah lelaki yang memahami aku... tahan dengan kerenah gilaku. Terima kasih sayang kerana sudi menemani lorong perjalanan sepiku!

Tamat
No comments:
Post a Comment