" Aaaa...Amira...," Haqimi menarik nafas panjang.
" Empat hari lagi, aku akan pulang. Sebenarnya kuliahku dahpun bermula dua hari lalu, tetapi aku masih di sini," ujar Haqimi sambil menyandarkan punggungnya pada sebatang pokok.
Amira tunduk menahan gelojak
hatinya.
“ Kalau begitu…selamat belajar!
semoga suksess.”
“ Sebenarnya, aku mengajak kamu
ke sini kerana…” Haqimi ragu untuk meneruskan percakapannya.
“ Aku mahu kau tahu…aku
menyukai dirimu.” Haqimi kaget dengan kelancaran ucapannya.
Namun dia sudah menduga,
debaran hebat akan muncul di dada. Amira. Antara bahagia dan ragu. Tidak
dinafikan, perasaannya seperti yang telah di alami oleh Haqimi Cuma…
Seminit kemudiaan, ditegakkan
lehernya membalas tatapan Haqimi yang memancarkan kesungguhan dan ketulusan
hatinya. Bibirnya bergetar seolah-olah hendak menyatakan sesuatu tetapi dia
malu! Digeleng-gelengkan kepalanya untuk mengusir keraguan di hatinyatetapi
tidak berhasil sehinggalah mentari tegak di atas kepala, tiada sepotong pun
kata yang keluar dari bibirnya.
Ini membuatkan Haqimi tersenyum
kecut. Mungkinkah aku tergesa-gesar dan terlalu memaksanya?, Tanya Haqimi
sendirian.
Ketika
menjelang petang, barulah Amira sedar dengan kesilapan yang telah dia lakukan.
Amira membenamkan wajahnya ke bantal. Menumpahkan segala kepedihan dan
penyesalan yang mula terbenam di hatinya. Mengapalah aku mendiamkan diri tadi?
***
Pemandangan di situ tidak
berubah. Tenang dan mendamaikan. Tidak bosan untuk menatap permukaan danau itu.
Berbeza sungguh dengan suasana hatinya yang sedang pedih. Setiap kali dia
memandang riak di permukaan air yang sedang membentuk lingkaran yang semakin
membesar, tiba-tiba bayangan bayangan Haqimi tercermin disana. Dia tersenyum
megah bersama lambaian cintanya. Lambaian yang tidak sempat di balasnya. Tantu
Haqimi menyangka dia telah menolaknya dan mengubah apa yang telah direncanakan
untuknya.
Keesokan harinya Haqimi pulang
tanpa meninggalkan secebis ungkapan untuknya. Amira tidak dapat menerimanya.
Hatinya luka. Kenangan enam bulan lalu kembali tergambar di permukaan danau.
Haqimi tersenyum, terbahak, menggoda dan amat menghiburkan dirinya. Gelengan
kepalanya membuatkan pemuda itu berlalu dengan penuh rasa kecewa. Hampa!
Amira tidak mampu lagi
menahan perasaan sedihnya. Lelehana hangat di pipinya membentuk sepasang parit
mungil yang bermuara di sudut bibirnya. Kenapa kau pergi, Haqimi? Pergi tanpa
khabar berita darimu? Kau marahkan aku? Sungguh! Aku tidak bermaksud untuk
melukakan hatimu. Kau tak tahu…di ketika itu, aku masih ragu.
No comments:
Post a Comment