“Sudahlah Mira, jangan fikirkan sangat, cuba kau buat tak
endah atau kau lupakan seketika, tunggu sampai dia hilang sabar untuk bertemu
dengan kau…” Tina menenangkan. Untung juga ada kawan sebilik sepertinya, ada
juga tempat berkongsi masalah.
Hari-hari seterusnya aku terus dihujani dengan kad-kad yang
sama tetapi berlainan mesejnya, ‘ Stay cute’, ‘I need you’ dan
bermacam-macam lagi. Pening juga kepalaku memikirkan, tetapi kubuangkan
rungsingku jauh-jauh bila mengenangkan peperiksaan yang semakin mendekat. Aku
perlu tumpukan kepada pelajaran dan kuliahku. Aku perlu kuatkan semangat.
Takkanlah dugaan yang sekecil ini membuatkan aku kalah, itu belum dugaan besar
lagi, tunggulah kau wahai manusia tak bernama…
Dengan bantuan Razlin dan Tina aku mampu meneruskan
perjuangan. Abang Shafiq juga tidak jemu-jemu menghembuskan api semangat.
Peperiksaan hanya tinggal seminggu lagi, masing-masing sibuk mengulangkaji
termasuklah aku, kadangkala tak ada masa untuk bersantai. Sehari sebelum
peperiksaan aku gempar lagi. Sedang asyik makan bersama Tina, system PA lantang
dengan pengumuman.
“ Saudari Amira Binti Ahmad, sila hadir dengan segera ke
pejabat asrama kerana saudari perlu mengambil bungkusan yang baru diterima”.
Ketika itu juga seleraku hilang. Tina seakan faham tingkahku.
Tanpa berlengah, Tina turut menemaniku ke pejabat asrama.
Setelah menunjukkan kad pelajarku kepada kerani bertugas, aku dihulurkan
jambangan bunga mawar disertai senyuman daripada petugas asrama. Tersipu
bercampur bangga aku waktu itu. Tina hanya mampu merenung, seperti aku juga dia
kehilangan kata-kata. Alamak! Daripada siapalah pulak ni.
Sesampai saja di bilik, pintu sudah terbuka luas menanti
kami. Razlin tersengih menyambut . Dia bebas keluar masuk bilik kami dengan adanya kunci pendua. “Wah dasyatnya
engkau Mira, dapat bunga mawar !”riuh Razlin menegur bila perasaan jambangan
itu. Tapi aku rasa sebab apa yang membuatkannya ‘terwujud’ di bilik aku ni. Tanpa berlengah ku buka kad
comel yang diletakkan di antara bunga sambil Tina dan Razlin sibuk mencium
haruman mawar. Seperti biasa kad itu bertaip tanpa nama pengirim . Kali ini
lain pula mesejnya . ‘Good luck and strive hard for your exam,
dearest!‘ Amboi! Dah pandai ber’dearest’ pulak dia. Aku tercengang . Ku
ulangi membaca sebelum kuhulurkan pada Tina dan Razlin, aku rasa bagai tak
percaya, dia ni betul-betul dah angau
dengan aku ni. Habis dah membaca kad itu Razlin
bertempik gembira.
No comments:
Post a Comment