Fairmummy.blogspot.com

Wednesday, 1 August 2012

Wajah-wajah Luka 2


Shafika Huda mendengus. Nun di bawah sana, kelihatan kenderaan makin padat merayap. Berpusu-pusu ingin cepat sampai ke destinasinya.
“ Kenapa ni? Mama tengok sejak tadi lagi, Fika termenung di tepi jendela? Fika nak bunuh diri ke? Sayang…ini tingkat dua puluh lima, kalau jatuh nanti, Fika jadi bubur!!” Tiba-tiba terdengar suara nyaring Mama. Shafika Huda kaget. Dengan rasa setengah kesal, dia menoleh. Mama berdiri cemas dengan dandanan rambut bersanggul tinggi, gaya ala 60-an.
“ Fesyen apa ni, Ma? Macam orang tua aje!”
“ Ha?” Mata Mama kelihatan tegang.
“ Setahu Fika, Mama tak pernah bergaya macam ni. Jadi satu kejutan pula bila tengok Mama hari ini.” Jawab Shafika Huda ikhlas.
“ Tak ada apa-apalah Fika. Mama sengaja aje. Hai… tak kanlah Mama nak melawa sikitpun tak boleh…” balas Mama sambil tersenyum.
“ Apa yang sedang Fika fikrkan tu. Boleh Mama tahu? Fika nak kahwin? Dah dapat calonnya? Bagi tahulah Mama, sayang…” Sambung Mama lagi.
“ Fika  pasal sekolah, Ma”
“ Sekolah? Kan Fika dah habis belajar!”
 " Fika ingat, Fika nak sambung belajar lagi lah Ma. Sekolah Swasta pun tak apa, asalkan dapat belajar. Menganggur lama-lama macam ni, boring jugak lah Ma..."
" Fika nak ambik course apa? memasak? Kalau course tu, Mama setju. Senang bila Fika kahwin nanti," ujar Mamanya.
" Apalah Mama ni..kan bab masak memasak tu Fika dah terror. Fika tak naklah ambik kursus memasak, Ma...tak nak!" sungut Fika Huda kesal.
"Dah..dah... nanti sahaja kita bincangkan. Sekarang ni Mama pergi dahulu. Nanti kalau Auntie Sara call, cakap Mama dah pergi. Okey...sayang."
" Sebenarnya, Mama nak ke mana ni?"
" Ke One Utama, dengan Auntie Zai. Ada apa-apa yang Fika nak pesan?"
" Tak ada apa-apalah, Mama."
" Fika, jangan keluar ke mana-mana ya!!" pesan Mama sebelum berlalu pergi.
Shafika Huda merungut sendiri. Sekarang Mamanya tak pernah duduk diam di rumah. Asyik keluar berjalan-jalan dan berbelanja ria bersama teman-temannya. Sekiranya dia membantah, Mama akan berkata; yang penting hati mesti senang. Happy!!
Huh!!


No comments:

Post a Comment