Fairmummy.blogspot.com

Sunday 5 August 2012

Kenangan Semalam 7


Aku jadi buntu seorang. Mahu jumpa atau tidak? Macam mana kalau dia adalah orang yang paling aku benci? Atau…Ah! Fikiran negetif memenuhi mindaku, kusingkirkan jauh-jauh. Perasaan ingin tahu mengatasi segalanya, akhirnya aku mengambil keputusan bertemu jejaka misteri itu.
Sepuluh minit ke pukul 8.30 malam, aku bergegas ke perkarangan kampus. Jantung berdebar kencang. Mataku melilau ke kanan dan kiri. Beberapa pelajar siswi sedang rancak bersembang, sepasang merpati dua sejoli berbual mesra dan… Iskandar?!. Nasib baik dia tak Nampak aku…
Terhenti pandanganku seketika.. siapakah yang dinantinya? Aku menaluhkan punggung di tempat yang berhampiran. Dengan resah aku menjeling jam tangan, dah pukul 8.30, di manakah dia? Tiba-tiba satu suara memotong singkat lamunanku.
“ Hai Mira,, dah pukul 8.30, di manakah dia? Tiba-tiba satu suara memotong singkat lamunanku.
“ Hai Mira, maaflah kerana membiarkan Mira menunggu” Aku mengangkat muka, mata kami bertentang…Iskandar! Nama itu laju saja ku lafazkan. Tergamam aku seketika. Diakah jejaka misteri itu dan dia juga kah yang telah memeningkan kepalaku selama ini?!
“ Mira, berilah peluang Is menerangkan segalanya” kata Iskandar yang sememangnya sudah lama menaruh hati padaku sejak tahun pertama lagi. Tapi hasrat itu dipendamkannya saja. Kononnya control ego lah tu…
Iskandar mula meluahkan segalanya kepadaku apabila kami mengambil tempat duduk yang benar-benar selesa dan pasti tiada orang yang mungkin mendengar.
“ Bila Mira pinjam nota Is, Is rasa ia satu laluan untuk Is meneruskan hasrat” hem…haruskah aku percaya? Sangsi bertapak di hati.
Ku kerling Iskandar yang duduk di sampingku, wajah itu membayangkan harapan, dan mata itu…Oh! Ia memancarkan cinta dan sekujur harapan! Aku semakin serba salah apabila diperhatikan sebegitu.
“ Is, berilah Mira masa, biarlah kita mulai dengan persahabatan kerana banyak lagi yang Is tidak ketahui mengenai diri Mira” aku meluahkan alas an.
“ Terpulanglah pada Mira, bagi Is segala impian pasti akan terlaksana, Mira pasti tidak akan mengecewakan Is. Is tetap akan menanti” Iskandar membalas syahdu.
Iskandar memang pandai menghidupkan suasana, kami bertukar-tukar cerita mengenai latarbelakang masing-masing.

No comments:

Post a Comment