Fairmummy.blogspot.com

Friday 3 August 2012

Senja Pantai Maleber 7

" Aaaa...Amira...," Haqimi menarik nafas panjang. 
" Empat hari lagi, aku akan pulang. Sebenarnya kuliahku dahpun bermula dua hari lalu, tetapi aku masih di sini," ujar Haqimi sambil menyandarkan punggungnya pada sebatang pokok.

Amira tunduk menahan gelojak hatinya.
“ Kalau begitu…selamat belajar! semoga suksess.”
“ Sebenarnya, aku mengajak kamu ke sini kerana…” Haqimi ragu untuk meneruskan percakapannya.
“ Aku mahu kau tahu…aku menyukai dirimu.” Haqimi kaget dengan kelancaran ucapannya.
Namun dia sudah menduga, debaran hebat akan muncul di dada. Amira. Antara bahagia dan ragu. Tidak dinafikan, perasaannya seperti yang telah di alami oleh Haqimi Cuma…
Seminit kemudiaan, ditegakkan lehernya membalas tatapan Haqimi yang memancarkan kesungguhan dan ketulusan hatinya. Bibirnya bergetar seolah-olah hendak menyatakan sesuatu tetapi dia malu! Digeleng-gelengkan kepalanya untuk mengusir keraguan di hatinyatetapi tidak berhasil sehinggalah mentari tegak di atas kepala, tiada sepotong pun kata yang keluar dari bibirnya.
Ini membuatkan Haqimi tersenyum kecut. Mungkinkah aku tergesa-gesar dan terlalu memaksanya?, Tanya Haqimi sendirian.
Ketika menjelang petang, barulah Amira sedar dengan kesilapan yang telah dia lakukan. Amira membenamkan wajahnya ke bantal. Menumpahkan segala kepedihan dan penyesalan yang mula terbenam di hatinya. Mengapalah aku mendiamkan diri tadi?
***
Pemandangan di situ tidak berubah. Tenang dan mendamaikan. Tidak bosan untuk menatap permukaan danau itu. Berbeza sungguh dengan suasana hatinya yang sedang pedih. Setiap kali dia memandang riak di permukaan air yang sedang membentuk lingkaran yang semakin membesar, tiba-tiba bayangan bayangan Haqimi tercermin disana. Dia tersenyum megah bersama lambaian cintanya. Lambaian yang tidak sempat di balasnya. Tantu Haqimi menyangka dia telah menolaknya dan mengubah apa yang telah direncanakan untuknya.
Keesokan harinya Haqimi pulang tanpa meninggalkan secebis ungkapan untuknya. Amira tidak dapat menerimanya. Hatinya luka. Kenangan enam bulan lalu kembali tergambar di permukaan danau. Haqimi tersenyum, terbahak, menggoda dan amat menghiburkan dirinya. Gelengan kepalanya membuatkan pemuda itu berlalu dengan penuh rasa kecewa. Hampa!
Amira tidak mampu lagi menahan perasaan sedihnya. Lelehana hangat di pipinya membentuk sepasang parit mungil yang bermuara di sudut bibirnya. Kenapa kau pergi, Haqimi? Pergi tanpa khabar berita darimu? Kau marahkan aku? Sungguh! Aku tidak bermaksud untuk melukakan hatimu. Kau tak tahu…di ketika itu, aku masih ragu. 

<=Previous      Next=>

No comments:

Post a Comment