Fairmummy.blogspot.com

Wednesday 8 August 2012

Milik Siapakah Hatimu?

Hasil Nukilan: 
NITA NEZ (E.Y.Z)
Penat Menaip: 
***

" Majalah Remaja yang sedang ku baca, ku letakkan saja di atas kerusi di tempat menunggu itu. Lantas aku membuntuti jururawat tadi. Dalam hati, tuhan saja yang tahu. Betapa aku benar-benar gembira. Seulas senyuman terukir di bibir.
Sudah dua hari ayah terlantar di ICU, tingkat 4 Hospital Umum Sarawak. Pada mulanya ayah mengadu sakit dada beberapa hari lalu. Aku temankan ayah ke klinik swasta. Muscle pain aje, kata doktor di klinik itu. Lega rasanya. 
Setelah hampir tiga hari di rumah, kesihatan ayah belum jua pulih. Malah dia tak boleh bernafas dengan sempurna. Bingung aku dan Mama jadinya. Tidak boleh dibiarkan begitu sahaja getusku.
Masuk hari keempat, ayah sakit lagi. Aku tidak tunggu lama, terus saja ke doktor pakar. Aku tidak kisah berapa bayarannya Yang penting ayah boleh pulih seperti sediakala.
" Ayah awak kena serang sakit jantung!!" Kata Doktor Wong, doktor pakar sakit jantung. 
Rasa nak pengsan aku mendengarnya. Ayah tidak pernah menghidap penyakit itu sebelum ini. Inilah kali pertama.
Aku, Mama, Mak cik dan Pak Cik ku terus berkejar ke hospital. Ayah di masukkan ke ICU. Bunyinya memang berat, tapi apakan daya...Sewaktu jarum dicucuk masuk ke dalam badan ayah oleh seorang doktor berbangsa cina, air mataku turut mengalir.
Kesian ayah, bisik hati kecilku. Dia tidak pernah diperlakukan begitu. Lebih-lebih lagi apabila melihat hidungnya dimasukkan tiub oksigen untuk membantu pernafasannya. Airmataku semakin deras mengalir.
" Sabarlah Ita. Doakan semoga ayah Ita cepat sembuh. Jangan menangis lagi. Nanti Mama Ita susah hati." Tenang Mak Cik ku.
Aku dan Mamalah yang bergilir-gilir menjaga ayah. Kalau aku dapat shift berjaga di siang hari,Mama pula yang menggantiku di sebelah malam. Aku tak pernah mengeluh, meskipun terpaksa menahan rasa lapar dan mengantuk. Inilah sahaja yang mampu aku hulurkan, berkorban demi ayah yang tercinta.


No comments:

Post a Comment