Fairmummy.blogspot.com

Sunday 12 August 2012

Rona-rona Cinta 4


“ Tanya aje. Manalah tau kot-kot malam ni Abang mati. Lagipun semua ni tak terduga kan?”
“ Abang…apa yang Abang cakap ni. Dira tak mahu! Dira nak sehidup semati dengan Abang,” kataku menahan tangisan.
“ Ala…sayang. Janganlah nangis. Abang Tanya aje. Okey…dah…dah..”, ujarnya sambil mengusap lembut kepalaku dengan penuh kasih dan sayang…Wow..
“ Tapi kalaulah ianya benar-benar terjadi…Abang tentu dah tahu apa yang akan  terjadi pada diri Dira. Dira tak boleh hidup tanpa Abang! Abang adalah segala-galanya dalam hidup Dira ni. Tak ada siapa yang boleh manggantikan tempat Abang.” Ujarku dengan panjang lebar.
“ Macam mana pulak kalau Dira yang pergi dulu? Tanyaku pula.
“ Rasanya, tak perlu lagilah Abang jelaskan. Dira sendiri pun dah tahu kan? Ah! Biarlah masa dan keadaan yang menentukannya. Apa yang dapat Abang katakan pada Dira, sampai bila-bila pun Abang akan tetap hidup di bawah bayang-bayang Dira. Dah lah…kita cerita pasal lain pulak ya?”
Aku mengangguk lemah. Perasaan resah dan bimbang mula bermukim di lubuk hatiku. Aku terlalu menyayangi lelaki ini!
“ Jom kita balik. Abang hantarkan Dira balik ya?” ajaknya sambil membukakan pintu kereta untukku. Tanpa sepatah kata, aku akur sahaja dengan kemahuannya.

Sesungguhnya, aku telah melewati hari-hari dengan penuh bunga keindahan. Gurau senda dan tawa ria dari lelaki bernama Kamarul telah menjadi penawar bagi segala masalah yang sedang aku hadapi. Hatiku menjadi begitu tenang setiap kali memandang raut wajahnya yang penuh dengan kejernihan itu.
Namun tanpa kuduga kini segalanya berubah. Detik pertemuan di antara kami menjadi racun pada diriku. Aku benci memandang wajahnya. 


No comments:

Post a Comment