Fairmummy.blogspot.com

Monday 6 August 2012

Mawar Terpinggir 3


“ Kau harus sedar diri, Elly! Sedar sikit, siapa diri kamu tu!!” kata Enny lagi. Ku tangkap nada serious dari kata-katanya itu. Mereka tidak berpura-pura dan ini bukanlah kejutan. Ku lihat Fatin untuk meminta pertolongan darinya. Tapi ternyata dia sedang sibuk berbual dengan  beberapa orang teman. Fatin Nampak seolah-olah tidak peduli dengan kejadian itu. Dan mungkin diapun tidak akan menghiraukan aku jika aku dibelasah oleh Enny dan gengnya,” kataku dalam hati.
Aku berdiri bingung di dalam kelas dengan perasaan bersalah.
“ Dah bersalah pun masih juga tak mahu mengakuinya…Apalah kau ni Elly…Sepatutnya kau  minta maaf pada Enny, bukan berdiam kaku macam ni” ujar Fatehah tegas.
Sebenarnya aku tidak tahu apa yang harus aku buat. Aku teramat bingung dan terkejut. Aku tahu, aku memang tak ada ertinya di hadapan mereka. Tapi kejadian ini tak pernah kubayangkan. Hatiku berdarah. Luka. Sambil menahan tangis, ku balikkan badanku sambil berlari meninggalkan kelas. Pulang! Itulah tujuanku. Tak ku hiraukan Cikgu Zakiah yang terpekik memanggilku. Hatiku telah hancur. Aku benci mereka. Benci yang amat sangat.
Dengan juraian airmata aku berjalan perlahan-lahan menuju ke rumah. Aku hamper tidak percaya. Semula kubayangkan senyum manis dan tangan-tangan mereka saling mendahului menyalami sambil mengucapkan selamat menyambut ulang tahun , sementara mata mereka bersinar-sinar nakal menyembunyikan kejutan-kejutan yang lucu. Hakikatnya, terlampau menyakitkan. Enny telah menjatuhkan maruah dan air mukaku di khalayak ramai.




No comments:

Post a Comment