Fairmummy.blogspot.com

Saturday 4 August 2012

Kenangan Semalam 2

" Eh! budak ni..." aku bercakap dalam hati.
Oleh kerana desakan demi desakan dan memang aku perlukan bantuan, maka dengan gagahnya aku beranikan diri mendekati Iskandar yang sedang sibuk mengemas alat tulis dan nota kuliahnya. Jejaka itu melemparkan senyuman padaku yang berdiri tercengat di hadapannya. Aduh! manisnya senyuman... bisa luruh jantung, mak oi!
" Is, maaf menganggu, emm...emm...boleh tak... boleh tak Mira pinjam nota pengantar Psikologi?" gemuruhnya darahku Tuhan saja yang tahu, hampir tersasul lidahku. Nasib baik teman sekelasku sudah keluar makan, kalau tidak...alangkah malunya...
" Boleh, apa salahnya. Aduh! Aduh! Agaknya macam mana rupa aku sekarang.
Tanpa berlengah, dengan secepat yang mungkin aku mengucapkan terima kasih dan berlalu dari situ. Tina tergelak-gelak kecil bila aku tiba. Suka sangat nampaknya, kira dia menang lah tu.
Kau kata dia sombong, tapi kenapa senang sangat dia pinjamkan aku notanya?" ajuku kepada Tina.
" Entahlah, agaknya dia 'cair' kot dengan kau!" jawap Tina selamba. Merah mukaku menahan malu, ringan saja tanganku mencubit tangan Tina.
" Aduh!" Tina menggosok-gosok lengannya.
" Padan muka! gelakkan aku lagi!" giliranku pula menjelir Tina sambil tergelak.
Selepas makan tengahari, aku dan Tina singgah di bilik bacaan untuk membaca akhbar. Manalah tau kalau-kalau ada cerita sensasi, mungkin aku boleh buat survey ke nanti.
" Mira, ada surat untuk kau la!" laung Aida, rakan sekursusku.
Bingkas aku menerpa surat itu, sampul biru dengan tulisan yang sangat ku kenal. Wow! romantik lagi. Abang Shafiq, sepupuku memang rapat denganku sejak kecil lagi. Warkahnya hadir tidak putus-putus mengirim khabar diri dan keluarganya serta tak lupa memberi perangsang untukku belajar. Teringat semasa kecil dahulu, kami sering berkejar-kejaran di bendang. Aku terjatuh dan mengalami luka di lutut, dialah yang cuba memujukku dan memimpinku pulang ke rumah.


No comments:

Post a Comment