Fairmummy.blogspot.com

Tuesday 7 August 2012

Mawar Terpinggir 5


Sambil tersenyum, akupun ikut bertepuk tangan sambil menyanyikan “ Happy Birthday”. Ku tiup lilin sekuat tenaga, dan kemudian terdengar tepukan yang riuh. Berganti-ganti Emak, Ejoy, Ejai dan Emy mencium pipiku sambil mengucapkan selamat hari jadi dan semoga panjang umur. Aku terharu. Begitu tulus kasih saying mereka padaku. Tanpa kusedari air mata bahagia mengalir di pipiku.
“ Jangan menangis , saying. Hari ini kan hari jadi Elly? Isshhh…tak mahu lah macam ni. Sekarang Elly kan dah dewasa. Orang dewasa tak boleh cengeng tau…” pujuk Emak sambil memelukku.
“ Terima kasih, mak. Elly tak menyangka semua ni, Elly bahagia.” Kataku dengan suara yang serak.
“ Ayah ke mana ,mak? Kataku perlahan.
“ Tadi, ayah balik. Lepas makan dia pergi kerja semula, katanya nak ke Johor, hantar barang,” Kata Emak tenang.
“ Ooo…,” hanya itu sahaja yang dapat kukatakan. Alangkah menyakitkan. Di hari ulang tahun akupun, ternyata Papa Fatin turut merosakkan kebahagiaanku. Kenapa bukan hari lain.Bukankah selama ini ayah tak pernah pergi kerja out station? Kot-kot hari ini tiba-tiba ada pula. Aku benci Papa Fatin dan Fatin. Aku benci Enny dan teman-teman. Aku tidak mahu tahu tentang mereka. Apakah hidup mereka akan senang atau susah selamanya, aku tak peduli. Mreka juga tak pernah peduli tentang diriku.
Mulai dari saat itu, sedikit demi sedikit aku mula cuba menjauhkan diriku dari mereka. Memang pada mulanya amat menyakitkan, tapi itu adalah lebih baik daripada aku terus disakiti untuk kedua kalinya. Aku benar-benar terpencil dan sendiri hinggakan hari jadi Fatin kali ini aku turut menjauhkan diri.
“ Elly, kau tak nak ucap hari jadi padaku?”, Tanya Fatin yang tiba-tiba sahaja berada di hadapanku.
Sejenak aku terpaku. Dari mana setan cantik ini dapat tahu aku ada di sini? Bukankah tadi dia begitu sibuk dengan teman-temannya?
“ Hanya kau seorang sahaja yang belum memberikanku ucapan,” kata Fatin dengan senyuman manis.
Ku pandang wajahnya. Ku lihat kejujuran terpancar di sana.
“ Untuk apa? Bukankah teman-teman yang lain sudah melakukannya, jadi tak ada gunanya,” kataku sambil menyembunyikan kesedihanku.

No comments:

Post a Comment