Fairmummy.blogspot.com

Tuesday 7 August 2012

Mawar Terpinggir 4


“ Kalau kau tak nak buat kerja ni, aku boleh cari pembantu lain” masih terngiang kata-katanya di telingaku. Oh, Tuhan. Ternyata aku tak lebih dari pembantu di mata mereka. Ah, aku telah salah menduga selama ini, majlis ulang tahun itu ternyata bukan untukku. Majlis itu ternyata hanya untuk mereka yang kaya sahaja. Barangkali memang  aku yang tak tahu diri!
Teringat bagaimana tatapan mata teman-teman yang memandangku. Terbayang sikap Fatin yang tak acuh terhadapku. Padahal aku terlalu berharap agar dia dapat membelaku. Hanya dia sahajalah yang dapat membantuku, kerana Fatin adalah ketua kelas. Tetapi Fatin membiarkanku di caci maki oleh Enny di hadapan teman-teman. Fatin langsung tak menunjukkan minatnya untuk meleraikan perselisihan itu. Tidak pernah teman-teman lain yang bertengkar. Dengan bermati-matian dia akan meleraikannya. Fatin pilih kasih! Dia bukanlah ketua kelas yang baik. Dan Fatin juga tidak terkecuali dari mereka yang cuba menjatuhkan harga diriku.
Dengan menyembunyikan tangisan di hadapan emak, aku terus berlari menuju ke bilik. Tak ku pedulikan sinar kehairanan yang terlihat di wajah emak. Hatiku telah luka, mak. Harga diriku telah dipijak-pijakkan. Kuhempaskan tubuhku ke katil. Aku ingin melupakan kejadian tadi. Kepalaku terasa berdenyut-denyut. Sampai akhirnya mataku terpejam.
Aku tidak tahu berapa lama aku telah tertidur, sampaikan terdengar ketukan yang bertalu-talu di pintu kamarku.
“ Elly…Elly…bangun, nak. Dah nak maghrib ni. Kau belum makan lagi. Jangan di biarkan perut tu kosong, nanti masuk angin, susah…” ku dengar suara Emak di luar.
Dengan malas kubuka pintu, dan pada saat itu kedengaran teriakan, “ Selamat Hari Jadi!!”
Aku terkejut. Di atas meja makan, kulihat sebiji kek sederhana besar dengan angka 17 di atasnya. Ku lihat Emak dan adik-adikku sedang menyanyikan selamat ulang tahun sambil bertepuk tangan. Di wajah mereka terbias wajah kegembiraan dan kasih saying yang tulus. Ah, aku tak boleh kecewakan mereka dengan perasaan lukaku.


No comments:

Post a Comment