Fairmummy.blogspot.com

Sunday 12 August 2012

Rona-rona Cinta 9


“ Maafkan Dira. Dira ingat tadi Kamarul,” ujarku perlahan.
“ Oh…Dira. Tu ha Kamarul,” katanya sambil menundingkan jarinya ke arah ruang tamu. Di kejauhan yang hampir itu, aku dapat melihat gelagat Kamarul yang sedang ligat mentertawakan diriku.
“ Ha…tak tengok betul-betul lagi. Kan dah salah orang?” sahutnya sebaik sahaja aku memasuki ruang tamu rumah itu.
“ Hemmm…Abang…” ujarku manja sambil melemparkan bantal kusyen kea rah Kamarul. Aduh… Malunya aku hanya Tuhan sahaja yang tahu. Rupa-rupanya orang yang kutekup matanya itu tadi adalah ayah kepada Kamarul.
“ Kenapa dah lama Dira tak datag ke sini?” Tanya ayah Kamarul.
“ Orang sibuk Yah…manalah ingat kita!” Kamarul mendahului bicara.
“ Dia yang sibuk Pak Cik, sampai tak ada masa nak jenguk Dira,” balasku.
“ Heii…kau orang berdua ni. Ada- ada ajelah…” katanya sebelum melangkah meninggalkan ruang tamu. Aku dan Kamarul tertawa. Kami berbalas pandang. Senyum dan terus menahan ketawa.
“ Abang…Dia minta maaf. Dira tahu Dira dah  banyak melukakan hati Abang. Walaubagaimanapun ketahuilah, Dira tetap saying pada Abang. Dira tak mampu lagi untuk menipu hati Dira sendiri.," ujarku perlahan sambil menghulurkan tangan memohon maaf.
Tanganku disambut mesra. Dikucupnya dengan penuh kasih sayang.
" Abang pun begitu juga. Abang sayangkan Dira! Abang rindukan kemesraan lalu. Abang rindukan Dira. Kita berbaik semula ya?" katanya penuh manja.
Aku tidak mampu untuk bersuara, hanya anggukan lemah sahaja yang berdaya aku lakukan. Aku yakin, Kamarul dapat menyelami apa yang telah tersirat di hatiku. Kerana dialah lelaki yang memahami aku... tahan dengan kerenah gilaku. Terima kasih sayang kerana sudi menemani lorong perjalanan sepiku!


Tamat






No comments:

Post a Comment