Fairmummy.blogspot.com

Sunday 5 August 2012

Kenangan Semalam 6


“ Dia betul-betul gilakan kau, Mira!” Tina turut bersetuju sambil mengangguk, mengiakan. Aku hanya mampu menggelengkan kepala dalam kekalutan. Ish! Budak ni betul-betullah menyusahkan hidup aku. Kalau nak dibiarkan susah juga, sebab aku nak juga tau siapa yang empunya diri yang sering mengganggu kepalaku.
Minggu peperiksaan…hari-hari berlalu dengan penuh keyakinan. Ramai yang pening kepala, maklumlah tiada persediaan awal, mujurlah aku telah membuat persediaan awal tidaklah terkocoh-kocoh pada saat-saat terakhir. Gembira hati bukan kepalang, maklumlah selepas peperiksaan terakhir cuti semester sebulan menanti. Masa yang paling berharga dan saat-saat yang paling ditunggu, bolehlah diluangkan bersama keluarga dan rakan-rakan di kampung.
“ Apa macam Mira? Ada harapan score tak semester ni?” tegur Leha teman sekelas.
“ Insya Allah” aku menjawab ringkas. Bersama-sama Tina, kami menuju ke cafĂ© untuk makan tengahari. Tina membisu sahaja sehari ini. Sepatah ditanya, sepatahlah yang dijawabnya.
“ Kenapa kau ni Tina? Aku tengok dari mula peperiksaan tadi, sampailah sekarang, asyik monyok je, apa masalah kau?” soalku bertubi-tubi antara suapan nasi.
“ Aku risaulah, aku takut gagal” jawab Tina sayu.
“ Rileks la, kau dah berusaha bersungguh-sungguh, apa guna kita berjaga malam, pergi buat research, pergi library, betul tak? Insyaallah kita akan Berjaya” Tina tersenyum penuh harapan.
Dan rutin harian kami semestinya singgah di peti surat sebelum menuju ke bilik bacaan. Rindu juga hati pada pengirim misteri itu. Sepanjang minggu peperiksaan senyap sahaja tanpa berita, tau jugak dia ye…Bila mataku terpaku pada warkah bersampul biru muda, hati berdetak riang, hai cinta sudah berputik ya! Ah! Masih ingat lagi dia padaku. Tina pun nampaknya tumpang gembira. Ku buka warkah itu dalam perjalanan pulang ke bilik… tak sabar lagi rasanya…Tina turut membaca.
 Mira sayang,
Sebelum pulang, bolehkah kita berjumpa?
Aku menantimu malam ini di perkarangan kampus    jam 8.30 malam
Sekian, wassalam.

“ Apa aku nak buat ni Tina?” aku tidak tentu arah. Tidak pernah aku buat temujanji dengan mana-mana orang yang tidak aku kenali.
“ Kau jumpa sajalah dengan dia Mira, kalau kau risau sangat aku boleh temankan, tapi aku duduklah mana-mana tempat tersembunyi” saran Tina bersungguh.


No comments:

Post a Comment