Fairmummy.blogspot.com

Tuesday 7 August 2012

Mawar Terpinggir 6


“ Untuk apa? Bukankah kau juga sahabatku?” Fatin tidak mengerti.
Dalam diam, hatiku berbunga gembira. Ternyata Fatin tidaklah seperti yang ku sangkakan selama ini. Dia tidak pernah membeza-bezakan teman-temannya. Setitis kebahagiaan mula menyejukkan hatiku. Tetapi tiba-tiba aku teringatkan ayahku. Hati kecilku mengatakan; Ayahku hanyalah seorang driver, dan Papa Fatin adalah majikannya. Fatin adalah anak majikan Ayahku. Kugelengkan kepala untuk mengusir kata hatiku. Tidak! Fatin bukan sahabatku, tetapi majikanku.
“ Mengapa, Elly? Kau tak mahu bersahabat denganku?Aku tahu kau membenciku kerana kejadian Enny dulu. Tapi bagaimana aku akan membelamu kerana kau memang bersalah. Kau tidak melaksanakan tugasmu. Jadi wajarlah jika Enny akan memarahimu,” kata Fatin.
" Tapi bukan dengan cara memakiku di depan teman. Aku juga punya perasaan dan harga diri. Aku malu! Sedangkan kau hanya membiarkan sahaja Enny memakiku. Kau langsung tidak berniat sedikitpun untuk meleraikannya!!! kataku geram.
" Baiklah, aku minta maaf atas kesalahanku itu. Tapi bukankah setiap orang itu pernah membuat silap. Aku juga begitu," luah Fatin putus asa.
" Kau tak banyak berkawan denganku Fatin. Kau adalah anak majikan Ayahku," kataku sedih.
" Kau jadikan ia sebagai jurang pemisah, kenapa? kenapa Elly?", tanya Fatin terkejut.
Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Tak tahu apa yang harus ku katakan padanya. Aku bingung sendiri. Aku merasakan terdapat jurang pemisah antara kami berdua. Jurang yang amat dalam. Jurang pemisah antara anak majikan dan anak seorang driver. Ku tatap daun lalang di kakiku. Ku tarik bunganya. Kurasakan nasibku tidak jauh berbeza dengan bunga lalang yang tumbuh liar di situ. Lalang yang malang, sendirian kerana tiada siapa yang menyukainya. Lalang sering dianggap sebagai penganggu dan tidak berharga. Ah, betapa sepinya hatiku. Betapa lelah tanpa teman dan sahabat.
Ku tenung wajah Fatin. Ada ketulusan di sana. Perlahan, samar, aku tersenyum dan menghulurkan tangan menyambut tangannya. 
" Selamat Hari Jadi, Fatin. Mungkin kita akan bersahabat . Tetapi kudrat tidak mengizinkan mawar desa dan kota tumbuh berdekatan. Doakan semoga waktu akan menjadikan aku dan keluargaku bunga mawar kota seperti kau dan keluargamu," kataku.
Lalu kutinggalkan Fatin sendirian. Kau bijak dan pintar, Fatin. Kau pasti akan mengerti maksudku, walaupun bukan sekarang!

Tamat

No comments:

Post a Comment