Fairmummy.blogspot.com

Sunday 12 August 2012

Rona-rona Cinta 3


“ Kenapa diam?” tanyanya.
“ Aikk…diam sekejap pun tak boleh?”
“ Dah la tu. Jangan bergurau lagi. Abang dah tak tahan lagi ni…”
“ Tak tahan apa?”
“ nak kentut!”
“ Abang…Uweek… kentut busuk!” Luahku sambil mencubit lengannya sebaik sahaja tercium satu bau busuk. Kamarul merintih kesakitan.
“ Sakit?” tanyaku apabila mendengar keluhannya.
“ Tak . Sedap!”
“ Heiii…nak kena lagi ni,” lantas kucubit sekali lagi lengannya. Tapi kali ini dengan lebih kuat.
Tanpa sepatah kata, dia terus berlalu dan meninggalkan aku termanggu sendirian.
“ Abang! Abang!...marah kat Dira ya?” ujarku sebaik sahaja berada di sisinya.
“ Tak adalah,” jawabnya ringkas.
“ Dah tu kenapa tinggalkan Dira macam tu?” tanyaku resah.
“ Abang kata tak ada, tak adalah sayang. Okey puas hati?”
Aku mengangguk lemah. 20 minit selepas itu aku bersuara kembali.
“ Kenapa Abang ni, diam aje? Masih marahkan Dira ke? Okeylah…kalau Dira buat salah atau dah lukakan hati Abang, Dira mintak banyak-banyak maaf. Dira tak sengaja,” kataku sambil menggerakkan lengannya. Namun dia tetap mendiamkan dirinya. Hatiku menjadi semakin resah dan gelisah.
“ Dira, macam mana kalau suatu hari nanti Abang mati?” tiba-tiba sahaja dia membuka mulut dengan suatu pertanyaan yang agak aneh.
“ Kenapa Abang cakap macam tu?”


No comments:

Post a Comment