Fairmummy.blogspot.com

Monday 6 August 2012

Mawar Terpinggir 2


Tidak ada apa, walau sebesar zarahpun yang dapat kubanggakan untuk menarik perhatian teman-teman. Tetapi Fatin memiliki segalanya. Bahkan berlebihan. Dan siapakah yang tidak adil? Tuhan kah? Atau siapa? Hatiku hancur. Betapa jauhnya perbezaan antara aku dan Fatin. Betapa berbezanya. Bagai langit dan bumi. Bagai pasir dan bintang.
Aku tahu, aku tidak boleh berbuat apa-apa dihadapan Fatin atau keluarganya, kerana asap di dapur rumahku aka nada jika ayahku berkerja. Berkerja sebagai driver yang selalu disuruh itu dan ini oleh papa Fatin, tanpa sebarang kuasa untuk membantah.
Tak terasa ingatan ku melayang pada kejadian sebulan yang lalu. Ya, sebulan yang lalu. Ketika aku merayakan ulang tahunku yang ke tujuhbelas. Usia aku meniggalkan zaman kanak-kanak menuju dewasa. Aku ingat lagi , walaupun hari itu aku bertugas membersihkan kelas tetapi aku sengaja datang lambat. Aku sengaja lambat kerana aku ingin memasuki kelas pada saat telah ramai teman yang datang.
Sepanjang perjalanan menuju ke sekolah, sudah kubayangkan teman-teman yang datang mengerumuniku dan mengucapkan selamat ulang  tahun. Kubayangkan hadiah serta kad ucapan daripada mereka.
Bukankah setiap kali teman-teman lain merayakan hari jadi, berbagai-bagai kejutan yang lucu telah berlaku.
Sambil tersenyum kecil aku terus masuk ke dalam kelas. Tapi ternyata yang kubayangkan tidaklah semanis kenyataan. Malah telah menghempaskan aku ke sumur yang tidak berdasar. Hatiku hancur.Bukan hanya berkeping-keping tetapi telah lumat menjadi debu.
“ Eh! Elly… kau tak tahu ke hari ni kau bertugas sapu sampah?” Tanya Enny sebaik sahaja aku meletakkan beg galasku di atas meja.
“ Apa..kau fikir kau datang lambat…kau boleh lari dari tugas kau? Kau ingat aku ni kuli kau, nak buat kerja ni sorang-sorang? Kalau kau tak nak buat kerjani, aku boleh cari pembantu lain. Heeiii…menyusahkan orang saja,” katanya berapi-api.
Aku rasakan mukaku merah menyala akibat menahan malu dan marah yang bercampur aduk. Ku lihat kea rah teman-teman yang lain untuk meminta pertolongan. Tapi yang kudapat hanyalah pandangan mata yang sinis dan seolah-olah menuduhku tak bertanggungjawab. Ku lihat sinar mata yang memusuhiku. Kugigit bibirku sekeras-kerasnya. Sakit. Ternyata aku tidak bermimpi. Ku hiburkan hati sendiri dengan membuat andaian itu adalah kejutan dari teman-teman. Kerana selama ini tidak ada yang memusuhi mereka yang tidak menjalankan tugas harian di dalam kelas. Apalagi, selama ini akulah yang paling rajin membersihkan kelas. 

No comments:

Post a Comment