Fairmummy.blogspot.com

Thursday 2 August 2012

Senja Pantai Maleber 5

Ombak Cirata semakin bergelora. Di celah kegelapan malam, Haqimi menyalakan lighter kemudian mematikannya semula. Menyalakan kembali. Mematikannya lagi. Entah apa yang ingin dilihatnya. Tetapi Haqimi tahu, dia sekadar menuruti hatinya yang telah remuk redam itu. Kengerian tiba-tiba saja muncul di benaknya.
" Buat apa tu?"
Teguran halus di belakangnya membuatkan Haqimi terus menoleh.
"Amira!" ucapnya lega, 
" Aku sangkakan siapa tadi" senyuman mula terukir di bibirnya.
" Dari mana ni?"
Ditatapnya pakaian kerudung yang membaluti gadis itu. Ehemmm...anggun sekali.
" Eh... dah jauh malam ni. Jom kita balik...tak elok pula kalau dilihat orang kita masih berduaan di sini. Aku hantar kau balik ya?"
Tanpa menunggu jawapan Amira, Haqimi terus melangkah.
***
Jemari Haqimi mengusap anak-anak rambutnya. Menarik ke belakang dan berhenti di tengkuknya. Raut wajah Liza selalu muncul di saat dia membayangkan kehadiran Amira. Entah mengapa, bayangan gadis itu semakin melekat di matanya. Mungkinkah kuntuman kasih yang telah layu suatu ketika dahulu kembali menyinar? Cukupkah dalam waktu sesingkat ini? Haqimi menggelengkan kepalanya, tidak berani untuk mentafsirkannya sendiri.
Tangisan Amira di hadapan nisan kedua orang tuanya membangkitkan rasa terharu di hati Haqimi. Terdetik di hatinya untuk cuba membahagiakan gadis itu. mungkinkah itu cinta? atau sekadar perasaan simpatinya? Arghhh...Haqimi tidak mahu begitu. Perasaan cinta harus tumbuh suci dan murni dari kamar hatinya dan bukan kerana sebab lain.
Sementara itu, bayangan Liza semakin kuat menghantui dirinya. Tetapi kali ini berbeza, bayangan Liza seakan merestui perasaannya. Apakah ini suatu petanda yang baik baginya? Haqimi kembali menggelengkan kepala. Sehingga terlelap dia masih belum dapat memastikan perasaan dirinya sendiri.

<=Previous      Next=>

No comments:

Post a Comment