Fairmummy.blogspot.com

Thursday 9 August 2012

Milik Siapakah Hatimu? 10


“ Aku rasa, dia Nampak lebih menarik hari ini. Mungkin dia tau, kau nak datang kot” seloroh Yatie.
“ Apa…kau fikir dia akan call aku?”
“ Wallahualam. Kita beri tempoh satu minggu. Kalau dia tak call kau. Bersedialah menghadapi kenyataan. Kecewalah jawabnya.” Yatie semakin galak menggiatku. Dia tak mengerti, aku mengelabah sebenarnya.
Menurut horoskop yang aku baca dua minggu lepas, hari bertuah untuk yang  berbintang Libra ialah 12 Mei.
“ Karut ajelah” bantah Yatie apabila aku beritahu dia.
Mungkinkah ini suratan atau kebetulan? Kira-kira jam 10 pagi, tanggal 12 Mei 1995, aku dapatberita yang menggembirakan. Aku diterima melanjutkan pelajaran ke ITM Shah Alam.
“ Tidak cukup dengan diploma saja ayah. Ita mesti dapat genggam ijazah pulak nanti” Aku khabarkan cita-cita besarku pada ayah suatu waktu dulu.
“ Baguslah, anak ayah bercita-cita tinggi. InsyaAllah, di mana ada kemahuan, di situlah ada jalan” ayah meniupkan semangat.
“ Tahniah Ninie. Nampaknya, aku tinggal berseorangan lagi”
“ Jom ikut aku. Engkau buatlah Master pulak” Yatie hanya tersengih.
Siapa menduga,12 jam selepas itu..
Kringgg! Kringgg! Masuk kali ketiga, telefon di rumahku menjerit dalam selang masa 5 minit.
“ Hello” angkatku malas.
“ Boleh bercakap dengan Ezrinie?”
“ Ya, bercakap”
Ibrahim??? Mulutku terbuka luas. Dr.Ibrahim menelefonku. Ya Allah, apa aku nak cakap ni? Tolong aku jerit hatiku. Mulanya memang aku panik . Lama- kelamaan,  darah gemuruhku  mula reda.Lama juga kami berbual di telefon.Setengah jam, tapi rasa macam 5 minit sahaja. Seronok berbual dengan dia tapi…
Malam itu aku tak lena tidur.  Masih bermain di telinga setiap patah perkataan yang dia lafazkan. Berdesing rasa Halwa telingaku. Tersirap darah mendengarnya . Ada perasaan geram timbul. Cemburukah aku? Kecewakah aku menerima khabar itu? Yatie, masih mahukah engkau menerima rintihanku?
“ Aku kecewa Yatie. Aku tak tau kenapa perassan ini boleh terbit”
Tiada jawaban di corong telefon sebelah sana.
“ Yatie, adakah aku jatuh hati padanya?”

No comments:

Post a Comment