Fairmummy.blogspot.com

Sunday 5 August 2012

Kenangan Semalam 5


“Sudahlah Mira, jangan fikirkan sangat, cuba kau buat tak endah atau kau lupakan seketika, tunggu sampai dia hilang sabar untuk bertemu dengan kau…” Tina menenangkan. Untung juga ada kawan sebilik sepertinya, ada juga tempat berkongsi masalah.
Hari-hari seterusnya aku terus dihujani dengan kad-kad yang sama tetapi berlainan mesejnya, ‘ Stay cute’, ‘I need you’ dan bermacam-macam lagi. Pening juga kepalaku memikirkan, tetapi kubuangkan rungsingku jauh-jauh bila mengenangkan peperiksaan yang semakin mendekat. Aku perlu tumpukan kepada pelajaran dan kuliahku. Aku perlu kuatkan semangat. Takkanlah dugaan yang sekecil ini membuatkan aku kalah, itu belum dugaan besar lagi, tunggulah kau wahai manusia tak bernama…
Dengan bantuan Razlin dan Tina aku mampu meneruskan perjuangan. Abang Shafiq juga tidak jemu-jemu menghembuskan api semangat. Peperiksaan hanya tinggal seminggu lagi, masing-masing sibuk mengulangkaji termasuklah aku, kadangkala tak ada masa untuk bersantai. Sehari sebelum peperiksaan aku gempar lagi. Sedang asyik makan bersama Tina, system PA lantang dengan pengumuman.
“ Saudari Amira Binti Ahmad, sila hadir dengan segera ke pejabat asrama kerana saudari perlu mengambil bungkusan yang baru diterima”. Ketika itu juga seleraku hilang. Tina seakan faham tingkahku.
Tanpa berlengah, Tina turut menemaniku ke pejabat asrama. Setelah menunjukkan kad pelajarku kepada kerani bertugas, aku dihulurkan jambangan bunga mawar disertai senyuman daripada petugas asrama. Tersipu bercampur bangga aku waktu itu. Tina hanya mampu merenung, seperti aku juga dia kehilangan kata-kata. Alamak! Daripada siapalah pulak ni.
Sesampai saja di bilik, pintu sudah terbuka luas menanti kami. Razlin tersengih menyambut . Dia bebas keluar masuk bilik kami  dengan adanya kunci pendua. “Wah dasyatnya engkau Mira, dapat bunga mawar !”riuh Razlin menegur bila perasaan jambangan itu. Tapi aku rasa sebab apa yang membuatkannya ‘terwujud’ di bilik aku ni.                                                                                Tanpa berlengah ku buka kad comel yang diletakkan di antara bunga sambil Tina dan Razlin sibuk mencium haruman mawar. Seperti biasa kad itu bertaip tanpa nama pengirim . Kali ini lain pula mesejnya . ‘Good luck and strive hard for your exam, dearest!‘ Amboi! Dah pandai ber’dearest’ pulak dia. Aku tercengang . Ku ulangi membaca sebelum kuhulurkan pada Tina dan Razlin, aku rasa bagai tak percaya, dia ni  betul-betul dah angau dengan aku ni. Habis dah membaca kad itu Razlin  bertempik gembira. 

<=Back     Next=>

No comments:

Post a Comment