Fairmummy.blogspot.com

Thursday 2 August 2012

Senja Pantai Maleber 2

Haqimi melirik sekilas lalu mengejar Shafik yang telah meninggalkan Pantai Maleber.
" Cantiknya!!" Bisiknya sambil berjalan mundur menatap ufuk barat yang jingga berbias hitam. Berat sekali untuk dia meninggalkan tempat itu. Dilambaikan jemarinya dan berbalik mengejari langkah Shafik.
Belumpun jauh , tiba-tiba sahaja Haqimi menghentikan langkahnya. Shafik termanggu sambil mengangkat bahu seolah bertanya, kenapa?. Dengan jelingan mata, Haqimi menunjuk ke arah gadis yang sedang berlari ke arah mereka..
" Emmmm..Mira!" sapa Shafik sambil ketawa.Sudah lama dia tidak bersua dengan gadis berambut panjang dan bertahi lalat di bawah bibir itu. Manis.
Amira tersenyum, " Hai... Fik!" Ujarnya membalas sapaan Shafik. Sekilas anak matanya melirik ke arah Haqimi.
" Alamak! dah hampir jam 6.00 petang. Kawan-kawan Mira janji nak datang ke rumah pukul 5.00. Alaa...Mira terlupalah. Mira balik dululah. Fik, senang-senang datanglah ke rumah Mira ye."
Shafik membalas lambaian tangan gadis itu dengan anggukan alisnya. 
" Siapa tu, Fik?" tanya Haqimi pantas sambil terus memerhati lenggokan gadis itu.
Shafik menoleh lalu berkata, " Amira, kawan sekolahku dulu. Amira Aina."
" Awek kau ke?"
Shafik tergelak. " Bukan la!" Gelengnya geli.
" Kenapa? kau tertarik?"
" Mungkin!" Haqimi tersenyum.
" Nak aku kenalkan? Dia tu single lagi tau..."
" Acah ajelah...aku masih boleh bersendirian," jelas Haqimi mendatar.
" Cukulah dengan sedikit informasi kau tu tentang dia. Itu sudah memadai bagiku."
Keduanya tersenyum. Sementara itu, langit semakin gelap. azan maghrib dari speaker masjid mengiringi langkah mereka memasuki rumah. 
***
Kedinginan subuh menyapa ketika Haqimi melirikkan matanya ke arah Shafik yang masih dibuai mimpi. Tanpa berlengah, Haqimi memicit lembut hidung Shafik dan terus menggoncang tubuh tersebut..
" Heii...bangunlah...bangun!!"

<=Previous      Next=>

No comments:

Post a Comment