Fairmummy.blogspot.com

Sunday 12 August 2012

Rona-rona Cinta


***
Hasil Nukilan:
MR@copyright
Penat Menaip:
***
“ Yang! Yang! Janganlah laju sangat. Adoiii!... tak laratlah nak kejar,” keluh Kamarul sambil menuruti langkahku yang pantas.
“ Ya lah…ya lah…” kataku sambil memperlahankan langkahku.
“ Yang, tengok tu!” seru Kamarul padaku.
Aku menoleh. “ Apa di?”
“ Tu ha…Bahagia sungguh mereka tu. Nanti Abang pun nak jadi macam mereka tu juga,” ujarnya riang. Tatapannya masih mengarah pada sepasang suami isteri yang sedang bergurau senda bersama anak kecil mereka.
“ Habis…Abang ingat kita tak boleh jadi pasangan bahagia seperti mereka itu?,” tanyaku perlahan.
“ Apalah Dira ni, ke situ pulak!” Ujarnya sambil mencubit manja hidungku.
“ Abang…” kataku sambil cuba menepis jemarinya.
“ Yang…Abang Tanya sikit, boleh?”
“ Apa dia? Tanyalah…banyak pun boleh.”
“ Betul ke Dira ni sungguh-sungguh dengan Abang?”
“ Hishh…betul lah. Tak percaya pulak!”
“ Siapa kata Abang tak percaya? Abang sekadar bertanya sahaja, sungguh Dira sayangkan Abang?”
“ Iya…sungguh! Dira sayangkan Abang. Tapi…”
“ Tapi apa?” Tanya Kamarul panik.
“ Tapi…janganlah Abang tarik hidung Dira macam ni…sakit la!” kataku pantas menarik hidungnya pula.
“ Adoii…Yang, sakitlah hidung Abang ni,” katanya sambil tergelak.


No comments:

Post a Comment