Fairmummy.blogspot.com

Thursday 9 August 2012

Milik Siapakah Hatimu? 9

Seperti yang di janjikan,  aku dan Yatie meneruskan niat kami meskipun Hani tidak dapat turut serta. Aku memilih tiga kad yang sesuai untuk diberikan kepada doktor muda itu. Juga sehelai tali leher sebagai kenangan. Yatie bersetuju dengan cadangan aku. Tali leher biru, sepadan dengan kad dan wrapping papernya. Warna kegemaranku. Rancangan aku kali ini mesti Berjaya.
Keesokan harinya, aku terserempak lagi dengan Dr Ibrahim. Yatie…Hani…tolong aku. Dia tersenyum padaku. Menampakkan giginya yang putih bersih dan teratur cantik. Nasib baik aku tidak jatuh pengsan di tepi pondok telefon.
Aku tidak sabar lagi. Aku mesti mulakan perkenalan dengan satu kad dulu. Aku dapat persetujuan dari kaunselor peribadiku.
Cuma rasa seperti berkata 
'Hello’
Yang benar,
Ezrinie Yusnita Zain

Aku menyuruh seorang jururawat pelatih yang aku kenali untuk menyampaikannya.
Esok Hari Raya Aidiladha. Aku dan Mama sibuk menyediakan persiapan. Kelam kabut rasanya. Dua minggu ayah terlantar di hospital. Kami tidak sempat hendak membuat sebarang persediaan. Mujur ayah keluarkan duit petang tadi, barulah aku dan Mama pergi membeli belah. Dan aku punya masa untuk membuat kek coklat kegemaranku.
Bolehlah aku beri sedikit kepada Dr Ibrahim esok. Itu pun kalau dia sudi menerimanya, ujarku pada Yatie dan Hani.  Esok…cepatlah kau tiba!!!
“ Hai buat penat aku aje” keluhku.
“ Kempunan aku” sampuk Hani.
Tengah hari tadi, aku ke hospital bersama Yatie dan Hanie. Tapi kelibat Dr Ibrahim tidak kelihatan. Sepatutnya dia bertugas hari ini. Aku tidak putus harapan, malamnya aku datang lagi dengan Yatie, selepas menghadiri Majlis Hari Raya Haji di rumah Hani. Alangkah malangnya, aku dapat jawaban mengecewakan daripada seorang jururawat.
“ Dia tak bertugas hari ini. Dia bertukar shift dengan Dr Puspa”
Keesokannya pula, aku terpaksa menemani Mak Cik aku ke hospital. Mengambil ubat ayah. Musnahlah harapan aku. Sebenarnya, aku sudah berjanji dengan Yatie untuk menghantar barang-barang doktor itu. Jangkaan ku meleset. Aku terjumpa Dr Ibrahim semasa aku ke sana.
“ Cepat kemas Yatie, aku akan ambil kau tepat 2.30 petang” perintahku. Yatie ketawa terkekeh-kekeh. Untung aku punya kawan yang memahami macam dia.
Satu hari aku tersengih-sengih di rumah. Akhirnya, tali leher, kad-kad serta kek itu sampai ke tangan pemiliknya. Degupan jantungku hamper saja terhenti sewaktu menyerahkan barang-barang itu.


No comments:

Post a Comment