Fairmummy.blogspot.com

Thursday 2 August 2012

Senja Pantai Maleber 4

Haqimi menggeleng sambil tersenyum. Ternyata dia lebih menikmati senyuman Amira yang manis berbanding dari mendengar kata-katanya.
Amira mengangguk-anggukkan lehernya seperti sedang menari.
" Maaf kalau aku bercakap kasar tadi," ucapnya perlahan.
" Lupakan!"
Mereka terus berjalan menyusuri pinggir danau sambil menikmati keindahan yang memukau pandangan mata. Tetapi perhatian Haqimi lebih tertumpu kepada penampilan gadis yang berada di sampingnya. Raut wajah dan ekspresinya.
" Dah cerah. Macam mana? nak jalan lagi?"
" Iya la...dah cerah. Nak balik la...Lain kali kita jalan lagi ...okey"
Haqimi mengembungkan pipi lalu menghembuskan nafasnya.
" Okey!"
" Jumpa lagi...Bye!"
Haqimi meninggalkan pantai tanpa menunggu bayangan Amira hilang dari pandangan. dipercepatkan langkahnya. Siulan di mulutnya semakin berbunyi.


***
" Amboi... bukan main lagi korang...makin rapat!"
" Siapa yang kau maksudkan?"
Shafik berdehem..." Pi la...buat tak tahu pulak. Kau dengan Amira la...siapa lagi?"
Haqimi mengangkat kening.
" So what?"
" Kau dah terpikat dengannya?"
" Ehemmmm...tapi, aku sendiri tidak yakin," ujar Haqimi lemah. Pertanyaan Shafik membangkitkan secangkir kenangannya bersama Liza. Gadis yang pernah singgah di hatinya. Yang sempat mengisi hari-harinya dengan ribuan mimpi-mimpi indah. Tawa ria, rajuk dan rindu menjadi bumbu hubungan mereka. Haqimi termenung panjang. Raut wajah itu kembali terbayang di kelopak matanya. Kehilangan Liza dalam satu kemalangan jalan raya meragut kebahagiaan hidupnya. Suaranya. Kelembutannya. Senyum dan tawa manjanya sentiasa mengiringi perjalanan hidup Haqimi. Sesekali batin Haqimi merintih. Batinnya masih dipenuhi dengan bunga-bunga kenangan yang entah bila akan layu berganti. Tiada seorang pun gadis yang menarik perhatiannya. Tetapi sekarang segalanya mula berubah. kehadiran Amira Aina telah membuka lembaran baru di alam hidupnya. Getar-getar asing yang mengalir bersama bayangan gadis itu mula diragukan.
" Jatuh cintakah aku? Gila!"
****

<=Previous      Next=>

No comments:

Post a Comment