Fairmummy.blogspot.com

Sunday 12 August 2012

Rona-rona Cinta 8


Sebaik sahaja melihatku melintasi bangunan pejabat Kamarul, tanpa melepaskan peluang, Liza terus datan menghampiriku.
“ Ada apa ni?” tanyaku kesal.
“ Tenang Dira… tenang. Tak baik marah-marah macam ni. Bagilah aku peluang untuk menjelaskan perkara yang sebenar. Aku rasa perkara ini tidak boleh dibiarkan lama. Aku nak selesaikan masalah salah faham antara kita hari ini juga. Kau janganlah bimbang, antara aku dan Kamarul, tak lebih dari seorang kawan. Gila kau.. tuning aku si Hadzlan tu aku nak campak kat mana?,” terang Liza geram.
“ La macam tu pulak? Kasihan si Kamarul…”ujarku sinis.
“ Dira…janganlah terlalu pentingkan diri sendiri. Kamarul tu baik orangnya. Dia sayangkan kau…Apa lagi yang kau nak dari dia?..rupa? Harta? Kasih saying? Semuanya sudah dicurahkan pada kau…hargailah sikit!!” sambung Liza lagi. Kali ini bukan main hebat lagi bagi nasihat. Ya lah…ya lah…aku yang salah.
“ Terima kasih Liza.” Kataku sebelum berlalu pergi. Sempat juga aku menatap anak mata Liza yang bulat dan tajam itu. Tetapi di sebalik tenungan tajamnya itu terpancar juga cahaya harapan agar aku dan Kamarul dapat berbaik semula.
Aku berjalan ke rumah Kamarul dengan satu niat murni, ingin berbaik semula! Malu tu memanglah malu tapi saying punya pasal tahan ajelah. Akupun mengendap-ngendaplah di taman bunga rumahnya. Konon-konon nak buat kejutan, dengan menekup mata Kamarul yang sedang sibuk menyiram pohon-pohon bunga kesayangannya. Ah…Aku dah masak benar dengan perangainya, pagi-pagi macam ni mesti ada di taman bunga.
“ Yess! Cuba teka, siapa ni?” tanyak riang. Dia meronta keras.
“ Uff..Apa ni!? Lepas!” katanya kasar. Mahu tak mahu terpaksa juga aku melepaskannya. Dan dia memusingkan tubuh ke arahku.
“ Ha…silap orang! Bukan…” kataku menahan malu yang amat sangat. Dapat ku rasakan wajahku bertukar menjadi panas dan merah.


No comments:

Post a Comment