Fairmummy.blogspot.com

Sunday 12 August 2012

Rona-rona Cinta 5


Aku sudah jemu dan jelak dengan tingkahnya. Hakikat sebenarnya, dia tidak pernah membuat salah atau mengasariku. Aku sahaja yang sering cari pasal dengannya.
“ Heeii..bosannya aku. Asyik-asyik muka dia aje. Macam dah tak ada orang lain lagi. Menyampahnya aku! Heeiii…benci lah” jeritku dalam hati.
Perubahan sikapku yang begitu mendadak telah menimbulkan sejuta pertanyaan di hati Kamarul.
“ Kenapa dengan Dira ni. Abang tengok sejak akhir-akhir ni Dira dah tak macam dulu lagi. Macam dah tak suka dan sayang kat Abang lagi. Kenapa ni sayang? tanyanya lembut.
“ Tak ada apalah!”
“ Kalau tak ada apa, masakan sikap Dira berubah menjadi kasar macam ni?” sambungnya lagi.
“ Hisshh…orang cakap tak ada apa, tak ada apalah. Tak faham ke? Bosan lah macam ni!”
Kamarul terpinga seketika. Mungkin dia tidak menyangka, aku yang dikenali sebagai gadis yang lembut dan bersopan santun berubah menjadi sebaliknya.
“ Abang baliklah dulu, tak payah tunggu Dira. Nanti pandailah Dira balik sendiri. Dira bencilah tengok muka Abang ni. Tak handsome langsung,” terangku tanpa segan silu.
“ Apa? Dira dah benci tengok muka Abang ni? Aikk! Dulu bukan main lagi, dipuji-puji…sekarang dah meluat pulak. Ini tak boleh jadi ni, nampaknya, abang kenalah buat plastik surgery ya? Bagi handsome sikit!” katanya dengan nada bergurau.
“ Uhh!” Sindirku.
“ Walaupun Abang tak handsome…tak kacak tapi Abang bersyukur kerana masih ada orang yang menyayangi diri Abang ni. Dira sayangkan Abang kan?”



No comments:

Post a Comment