Fairmummy.blogspot.com

Thursday 2 August 2012

Senja Pantai Maleber 1

*******
Hasil Nukilan: MR@Copyright
Penat menaip: @Fairmummy
********
Sikap Amira tidak sedikitpun sama dengan sikap Liza, bekas kekasihnya dulu. Amira tidak pernah bersikap angkuh di hadapannya. Kerana itu jugalah, Haqimi merasakan ada getaran asing yang mula mengalir dalam darahnya sesaat dia bersama gadis itu.
***
Langit senja beransur pergi apabila awan kelabu mula menguasai. Sang Mentari juga tidak lagi memancarkan sinaran hangatnya. Manakala angin mulai berhembus kencang dan riak-riak kecil di permukaan Danau Cirata mulai pasang. Saat air mula menyentuh kedua ibu jari kaki, kedua orang anak muda itu tersentak.
" Qimi...jom kita balik. Air dah pasang ni," ajak Shafik, pemuda itu mengingatkan Haqimi yang kelihatan masih tidak Mahu berganjak. 
" Dah gelap ni, mungkin kejap lagi, hujan akan turun," ujar Shafik lagi.
Haqimi mendongak ke langit, memerhati awan yang sedang berarak. Mungkin hanya gejala alam, batinnya berkata." Kejap lagilah Fik," kata Haqimi sambil menendang-nendang riak air yang menyerbu kakinya. Percikan tersebut menimbulkan kegembiraan di hatinya. Dia masih belum puas menikmati penorama sunset, meskipun yang tersisa hanyalah sinar jingga di ufuk barat.
" Hishh...dah pukul berapa ni? Jomlah balik...sejak Asar lagi, kita dah kat sini. Tapi...kalau kau mahu bermalam di sini, terserahlah. Aku nak balik!" jerit Shafik sambil meloncat turun dari anak batu. Jeansnya basah sampai ke paras lutut namun dia tidak peduli, diseret kakinya ke tepi seperti robot.

No comments:

Post a Comment