Fairmummy.blogspot.com

Wednesday 8 August 2012

Milik Siapakah Hatimu? 3

Kebetulan t-shirt East India yang aku pakai juga berwarna hitam. aku dan Yatie menyambung perbualan yang tergendala. Kami tidak sedar, bila masanya doktor itu berdiri betul-betul di sisi katil ayah. Nasib baik Kak Nadra, sepupuku sempat mengamit siku ku. Doktor itu teramat simple. Kurang personaliti. Rambutnya panjang mencecah bahu. Tidak sesuai dengan profesyennya. Lagaknya pun bersahaja, nampak low profile. Usianya mungkin masih muda 27-28 tahun. Baru grade, barangkali. Boleh ke mengubat orang sakit, telaahku.
Doktor muda itu bertanyakan sesuatu pada ayah. Aku kurang dengar apa soalannya. Wah! lembutnya suara, ujarku pada Yatie. Barulah senang hati pesakit nak menjawab.
Aku perhati dia lagi. Dia kelihatan gugup. Macam tidak yakin saja. Mungkin dia gementar kerana terlalu banyak pasang mata yang memerhatikan.
Kemudian dia pun berlalu pergi. Namun, mata aku dan Yatie masih lagi mengekori bayangannya sehingga dia hilang dari pandangan. 
" Wow...ini sudah cukup baik, Tie! Aku dah ada sumber inspirasi. Nampak gaya rajinlah aku datang ke mari." Selorohku.
" Suka hati kau lah" kami tergelak lagi.
Beberapa minit selepas Yatie dan bapanya balik, aku pun meminta diri. 
" Insya Allah, nanti Ita datang lagi ye ayah".
Aku mengangguk lemah. Aku balik bersama-sama sepupuku, Kak Nadra. Ketika menunggu lif hendak turun, aku terlihat seseorang.
" Alamak! buat apa dia kat sini?"rungutku kecil. Sufian, teman masa bersekolah dulu. Siapa pulak yang dia lawat? 
" Eh yan, melawat siapa ni?" soalku.
" Ayah kaulah".
" Semalam aku call kau. Sepupu kau yang beritahu, ayah kau sakit kat hospital."
La! Sepupu aku pun sorang. Tidak pandai nak berahsia. Semuanya dia beritahu.
Oh, macam tu. Maaflah,  aku tak sempat nak beritahu kau" aku cuba nak berbahasa.
Bukannya apa, aku malas nak gemparkan teman-teman aku. Nanti sibuk pula mereka datang nak melawat. Ha! Macam si Suffian ni, aku jugak yang susah. Nak kena melayan dia.
Aku mengikut Suffian ke katil ayah semula. Mataku sempat meliar. Apalagi? Mencari-cari doktor berbaju hitam itulah.


No comments:

Post a Comment